Aktiviti persatuan Jaafar Abdul Rahim

Beliau aktif dalam kegiatan persatuan penulis.Beliau adalah Ketua Satu Persatuan Penulis Kuala Lumpur (1998) ; Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (2006-2008) ; bekas Ahli Jawatankuasa Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia dan pernah menganjurkan Dialog Agung Sasterawan Negara pada 2000, 2004 dan 2006. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Protem Persatuan Falsafah Malaysia, Ahli Majlis Pemikir Institut Tradisi Ilmu dan Pakar Perunding Institut Pembangunan Minda.

Beliau kerap diundang memberi ceramah mengenai pemikiran kreatif, pemikiran lateral, pemikiran sinvergen, pemikiran lompatan kuantum dan pemikiran keseluruhan otak di sekolah menengah, universiti dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara. Jaafar juga banyak menulis dan membentangkan kertas kerja mengenai pemikiran kreatif, lateral serta kritis di universiti dan IPTA. Mengenai minatnya terhadap pemikiran kreatif dan lateral, Jaafar menjelaskan ia bermula pada 1982 akibat kegilaan mengunjungi kedai buku.

Jaafar dan rakan-rakan pernah menganjurkan Seminar Pemikiran Dr. Mahathir Mohamad untuk generasi muda. Beliau menjadi Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sejak 1995 ; Timbalan Pengerusi GPMS Wilayah Persekutuan (sejak 2001) dan Yang Dipertua GPMS Cawangan Wangsa Maju. [2]